Avail Beauty

Avail Beauty

Friday, 29 November 2013

Jom buat kira-kira..

Assalammualaikum WBT

Sapa kata jual pad tak leh buat duit. Cuba buat kira-kira sikit. 

Satu pantyliner yang kecik tu RM10.00 sahaja. Kalau dalam sehari kita berjaya jual 20 paket ajer pun:-

20 paket x RM10.00 = RM200.00

Kalau 30 hari...

RM200.00 x 30 hari = RM6,000

Itu baru pantyliner, day use harga dia, RM11.00 sepaket, night use pulak harga dia, RM12.00 sepaket.

Dan itu belum termasuk bonus yang anda dapat secara automatik setiap kali anda membuat pembelian. Masa anda mula-mula register dan membeli barang yang berharga RM100 ke atas, anda telah layak untuk mendapat bonus 5%. Bonus ni akan meningkat mengikut level downline yang anda ada .. 5%, 10% dan seterusnya. 

Tapi syarat dalam mana-mana bisness pun, kena rajin lah. Bila dah berani sikit, boleh lah jual produk yang lain. 

Cara kami buat marketing pun, tak terlalu bergantung kat online ni..macam Facebook atau Blog saja. Yang bestnya, saya dapat group yang agak supportive dan team work. Oleh itu kadang-kadang, kami akan bergerak secara berkumpulan dan edarkan flyers di stesen LRT atau Tasik Titiwangsa. Kami akan pergi 2,3 orang. Kalau sorang-sorang, mau mati kutu di buatnya. Kadang-kadang, kami akan buka booth di Putrajaya juga.

Oleh itu, saya rasa, sesiapa yang nak join tak perlu rasa gundah sebab kami akan cuba sedaya upaya membantu anda.  Tapi anda kena committed jugak lah. Kalau kami sahaja yang cuba motive, tapi anda tidak mahu bergerak, susah jugak kan.

Itulah sahaja matematik mudah saya, jumpa lagi.... :)



Wednesday, 27 November 2013

Senarai Produk Avail

Assalammualaikum WBT

Hari ni saya nak letak gambar senarai produk Avail dan anda boleh lihat perbezaan harga ahli dengan harga runcit. Dari situ anda boleh lihat berapa anda jimat jika membeli dengan harga ahli. Lebih kurang keuntungan anda lah itu.


Boleh refer yang ini jugak:-


Monday, 25 November 2013

Jangan Salah Faham..



Assalammualaikum wbt

Hari ni kita nak cakap pasal barang-barang yang ada dalam Avail Beauty ni. Nanti orang dok ingat saya ni, penjual pad tegar pulak. Heehe..

Saya rasa macam pernah sebut awal awal lagi yang barangan Avail Beauty ni terbahagi kepada:-

(a) Siri Produk Penjagaan Peribadi
(b) Siri Produk Penjagaan Kesihatan
(c) Siri Produk Penjagaan Rumah; dan
(d) Siri Produk Makanan dan Minuman.

Untuk saya sendiri, saya sudah mencuba Pad Herba Avail, Liv Zell dan Pro Polis.

Yang Liv Zell tu saya cuba untuk kulit saya yang kering. Untuk permulaan, nampak macam ada perubahan sedikit. Lagipun, saya baru cuba sekotak. Baru nak masuk kotak kedua. Tak berani lah nak kata yang kalau cuba, akan jadi chun gila-gila, sebab setiap orang akan bertindak balas berbeza-beza. Ada yang cepat, ada lambat. Dan tidak mustahil jugak, tiada perubahan langsung. Kan? 

Ohh! Tapi yang pasti, rasa dia sedap.. rasa buah apple. 

Pro polis tu saya cuba untuk resdung saya (allergic), pada saya kuranglah hingus meleleh. Tapi tetap bersin. Selalunya, saya akan bersin malam dengan awal pagi. Saya juga ada cuba letak pada kaki emak saya yang bengkak dulu. Saya tengok kulit kaki dia mengelupas, dan tukar kulit baru. Sebelum tu dia macam ada tompok tompok merah. Saya rasa pahit bila ambil Pro Polis ni, emak saya pun kata pahit. Tapi ada kawan saya kata, tak pahit. Tawar aje.




Dua lagi produk untuk yang berminat dengan penjagaan kulit, adalah Labota dengan AB Series (seperti di atas).


Untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan boleh mencuba Green Fit. Dulu saya promote Green Fit ni pada kawan saya, sebab dia ada masalah sembelit. In Sya Allah, harap-harap okay. Sebab macam saya kata tadilah, kita tak tahu tindakbalas badan orangkan. Tawakal ajerlah.


Ada lagi satu yang sejenis Green Fit, nama I-Food. Upline saya kata kalau saya nak ambil Liv Zell sebaiknya, saya ambil I-Food dulu. Untuk hilangkan toksin dalam badan. Kemudian baru ambil Liv Zell. Kesannya akan lebih cepat. Tapi saya ni kan agak degil. Semua pun nak cepat. Hee he.


Untuk kanak-kanak pun ada sebenarnya. 


Gincu bibir dan bedak..




Jika ada yang berminat, boleh msg saya. Terima kasih :)

Sunday, 24 November 2013

Pad Berherba AVAIL




Assalammualaikum WBT

Untuk pengetahuan anda semua, pad berherba AVAIL ada tiga jenis dan warna yang berbeza. Iaitu:-

(a) Pantyliner - warna hijau - berharga RM10.00

(b) Day Use (Normal Flow) - warna biru - berharga RM11.00

(c) Night Use (Heavy Flow) - warna merah jambu - berharga RM 12.00

Dari pengalaman saya sendiri mengguna pad berherba ni, macam dia tarik betul "darah darah kotor" dari dalam badan kita. Tempoh period saya juga tidak lagi bersambung-sambung melebihi dari tujuh (7) hari macam selalu. Warna ada campuran kehitaman sedikit. 

Selalunya bila saya period, saya tidak sengugut (PMS) - sakit perut. Saya kadang-kadang sahaja sakit perut tapi kebanyakkan masa saya akan sakit kepala. Bila saya pakai pad berherba Avail ni, alhamdullilah sakit kepala hilang sikit-sikit.

Sebenarnya, pantyliner Avail ni banyak kegunaannya. Saya ada resdung, yang kadang-kadang amat membosankan jiwa saya. Kalau hari tersebut, saya makan seafood yang terlalu banyak, kebanyakkan masa mata saya akan terasa gatal. Sekarang, saya akan ambil satu pantyliner (yang belum diguna okay), basahkan sedikit air, kemudian letakkan diatas mata saya sebentar.

Anda akan dapat rasa bahagian mata anda sangat berangin. Biarkan selama 30 minit - 45 minit. Baru dibuka. In sya ALLAH, anda akan berasa selesa sedikit.

Lain-lain cara orang menggunakkannya adalah:-
(a) Kurangkan demam
(b) Letak dalam kasut
(c) Letak dalam kereta (sebab wangikan kereta katanya)
(d) Letak dalam almari untuk menghalau lipas



Pernah kaki emak saya bengkak kerana tersepak tangga. Dia letak minyak panas tapi tak baik dan saya lihat kulit kakinya semakin merah pula. Satu hari saya dengar dia mengeluh sebab sakit. Bila saya tanya, nak pergi ke klinik atau tidak.

Dia jawab, "Macamana nak jalan, pijak pun tak boleh?"

Hehe malu pulak. Yalah, kami tinggal apartment 4 tingkat, dan kami duk tingkat paling atas. Masa tu arwah ayah saya baru masuk HUKM, Cheras. Oleh kerana dah mati kutu dan tidak mahu tengok dia menggelisat. Saya ambil keputusan, untuk mencuba lekat pantyliner Avail.

Alhamdullilah, setelah 3 kali tukar pantyliner, emak saya kata kaki dia sudah ok. Saya lihat pun dia sudah mula boleh memijak lantai.

Jika anda berminat untuk mendapatkan pad berherba Avail ni, boleh menghubungi saya.


Anda boleh memilih pakej yang saya telah sediakan, untuk mendapatkan barangan percuma atau anda boleh mix and match mengikut pilihan dan bilangan yang anda ingin kan.



Jika anda ingin membeli secara bundle pun boleh, samada untuk guna sendiri (stock untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual) .

Seperti yang pernah saya kata tempoh hari, saya berani jamin yang anda tidak akan rugi atau merasa rugi. Sebab?? 

(a) Jika anda tidak dapat menjual pun anda akan tetap nak guna setiap bulan. Dan setiap bulan anda memang akan membeli pad, so, dari anda membazir duit beli pad product lain, lebih baik anda guna pad anda sendiri.

(b) Beli banyak pun tak rasa rugi sebab sama sahaja kalau anda beli sedikit sedikit..sebab bulan depannya anda tetap akan kena beli kan? So, baik beli banyak sikit, bulan depan anda dah tak perlu nak pikir pasal kos nak beli pad.

(3) Tiada tamat tempoh masa untuk menjualnya, dan saya pasti walaupun  anda tidak menjual, dalam lima dan enam bulan..tengok tengok stock anda sudah habis pun.. kan?

(4) Jika anda beli untuk guna sendiri dan tidak jual pun, anda layak dapat bonus 5%. Bukannya dia akan tanya, ni beli jual ke tidak nih. Dan jika anda berjaya cari downline, anda tetap akan mendapat bonus, walaupun anda tidak pernah keluar rumah untuk menjual!!



Thursday, 21 November 2013

Bonus dan Network

Assalammualaikum WBT
Salam Petang

Hari ini, kita akan bercakap mengenai network. Kalau orang-orang business ni, mereka lebih suka sebut network, agaknya sebab bunyinya lebih canggih. Tapi, kalau tanya saya, saya lebih selesa sebut, "upline" dengan "downline". Lebih mudah saya nak ingat.

Selalunya, bila kita masuk mana-mana MLM atau Unit Trust ke sekali pun, mesti ada sesiapa yang bertanggungjawab beria nak kenalkan business tersebut pada kita. Dan bila kita setuju nak join, maka orang tersebut akan menjadi "upline" kita.

Kemudian, giliran kita pulak untuk mencari 'downline' kita. Yalah, tak kan kita nak business sorang-sorang diri kita kan? Dari situlah, kita akan dapati yang generasi kita akan bertambah banyak/ramai dan dari situlah baru kita prasan yang % bonus kita turut bertambah. Kumpulan kita akan turut berkembang sama. Dan kemungkinan senyuman kita pun semakin lebar. 

Kalau untuk Avail Beauty, dia lebih kurang cam ni:-




Entahlah, kalau tanya saya tak rugi pun jika anda berbusiness nih. Sebab kalau anda tak menjual dan tak mencari downline secara aktif tapi kalau anda memang membeli secara tetap setiap bulan, anda tetap akan terima bonus.

Lagipun, sebab anda pasti akan mencari barangan tertentu dan menggunakannya sendiri. Bila anda sendiri, yang telah mengguna dan berpuashati, maka lebih cepatlah anda untuk pengaruhi orang lain. Ini kerana anda mempunyai pengalaman sendiri..memakainya.


Tuesday, 19 November 2013

Cara-cara untuk menjadi ahli Avail Beauty

Assalammualaikum WBT

Hari ini kita sambung cara-cara untuk menjadi ahli Avail Beauty. Seperti yang diketahui umum barangan Avail Beauty terbahagi kepada :-

(a) Siri Produk Penjagaan Peribadi
(b) Siri Produk Penjagaan Kesihatan  
(c) Siri Produk Penjagaan Rumah
(d) Siri Produk Makanan dan Minuman

Untuk menjadi ahli, anda tidak di kenakan sebarang yuran ahli. Anda beli barangan yang berharga RM100 keatas, dengan automatik anda telah menjadi ahli. Untuk kekal aktif hanya perlu membeli barang.

Pakej pakej yang disediakan adalah sepeti berikut

(a) Beli satu barang dengan harga RM170.00, RM172.00 atau RM168.00 dalam satu resit pembelian. Dan register sebagai ahli.

(b) Pakej 2+1 adalah anda membeli dua barangan Avail dengan harga ahli, secara automatik untuk barangan ketiga, anda hanya perlu membayar RM65.00. Sebagai contohnya:-

Satu bundle pantyliner berharga RM160 (harga runcit RM200.00) + satu bundle Day Use berharga RM180.00  (harga runcit 220.00)+ satu bundle combination set akan menjadi harga RM65.00

(c) Pakej 2+1 (Green Fit & Pro Polis)
Satu bundle combination set berharga RM172.00 + Green Fit (3 kotak) berharga RM189.00+ Pro Polis (3 kotak) akan menjadi harga RM68.00

(d) Pakej VIP
Lima bundle Pantyliner (20 bungkus) + lima bundle Night Use (16 bungkus) + lima bundle Day Use (20 bungkus) + 1 bundle Day Use (20 bungkus)

Harga ahli RM 800.00 (Harga runcit RM1000.00) + harga ahli  RM800.00 (harga runcit 960.00) + Harga ahli  RM 275.00 (Harga runcit RM1100.00) + RM220.00

Percuma SATU pakej pilihan

Jumlah RM 3280.00 (Untung = RM1510.00)

(e) Pakej Super VIP
Green Fit  (6+3)          +  Pro Polis                 +   3 Set 2+1 Pantyliner
(RM 378 + RM70)         (RM370 + RM70)        (RM340 + RM65)

Jumlah = 2093.00
Percuma TIGA produk = 1 kotak Green Fit + 1 botol Pro Polis + 1 produk pilihan anda

(f) Pakej Green Fit
3 kotak Green Fit berharga RM63 (RM 63 x 3 = RM189) + 3 Kotak Green Fit berharga RM63 (RM63 x 3 = RM189) + 3 kotak Green Fit akan menjadi RM65.00

Jika anda membeli untuk kegunaan sendiri, anda masih boleh menerima bonus yang di berikan setiap 21hb. Pada pendapat saya bidang bisness dengan Avail Beauty Sdn Bhd ini amat sesuai untuk di jalan kan oleh kaum Hawa. Kerana tiada pembaziran, jika anda rasa anda tidak dapat menjual, produk tersebut masih boleh diguna pakai untuk kegunaan sendiri.




Monday, 18 November 2013

Menjana Pendapatan Tambahan (Pasif Income)

Salam WBT

Sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan, saya mencadangkan produk Avail Beauty Sdn Bhd. Dan secara peribadi, saya rasa ianya sesuai untuk kaum wanita. Sebabnya? Kerana kaum wanita pasti akan mencari barangan tersebut secara bulanan, dan kita mempunyai ramai kawan wanita, itu tidak termasuk sedara mara dan adik beradik wanita. Mereka ini semua boleh dijadikan pelanggan atau network kita.

Dan juga, kita tidak akan "terasa rugi" sebab kita sendiri akan turut menggunakannya. Sekiranya, anda tidak mahu menjual, anda boleh membeli untuk kegunaan sendiri. Dan anda tidak perlu berulang-ulang membeli setiap bulan. Sebab? Bila anda membeli secara bundle, anda akan dapat mengunanya berbulan lama nya (mengikut gaya penggunaan anda dan ianya tiada tarikh tamat tempoh), anda dapat membeli dengan harga ahli (jimat lagi) dan juga anda masih mendapat bonus!!!!

Produk Avail Beauty terbahagi kepada:-

(a) Siri Produk Penjagaan Peribadi
(b) Siri Produk Penjagaan Kesihatan
(c) Siri Produk Penjagaan Rumah
(d) Siri Produk Makanan Dan Minuman

Tiada yuran keahlian jika anda berminat, caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu membeli produk  dan anda akan menjadi ahli seumur hidup. Untuk kekal aktif, anda hanya perlu membeli produk secara konsisten.

Pakej turut disediakan seperti berikut:-

(a) Pakej 2+1
(b) Pakej VIP
(c) Pakej Super VIP

Untuk membaca dengan lebih lanjut, sila ke website berikut:-