Avail Beauty

Avail Beauty

Monday, 2 December 2013

Apa itu Green Fit


KEISTIMEWAAN GREEN FIT

  • 100% semulajadi
  • Senang, mudah, enak dan sihat
  • Tidak berasa sakit perut
  • Tidak menyebabkan cirit birit
  • Tidak mengandungi perasa, perwarna, pengawet dan gula tiruan
  • Tidak mengandungi bahan julap
  • Tidak mengandungi kandungan GMO
KELEBIHAN GREEN FIT
  • Mengawalatur berat badan
  • Mencegah masalah obesiti
  • Mengurangkan risiko kanser usus dan payudara
  • Mengawalatur tahap kolestrol dan gula darah
  • Anti pengoksidaan, mencantikkan kulit dan mengawet muda.

Perit setiap kali haid - Shuhaily

"Bulan ke-empat menggunakan FC Bio, saya semakin ceria dan sihat. Ia telah mengeluarkan darah beku yang berketul-ketul sebesar penumbuk dan selebar tapak tangan. Pada mulanya, saya amat terkejut tetapi setelah diberitahu itu adalah kelebihan produk dan saya tak alami senggugut lagi. Semua masalah saya telah lenyap sama sekali dengan menggunakan satu produk sahaja hanya dengan kos RM33," jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0103&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz2mOS6M5pN
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Perit setiap kali haid - Shuhaily

--------------------------------------------------

Assalammualaikum WBT

Sesiapa berminat untuk mencuba pad berherba AVAIL BEAUTY, boleh email saya.

Satu paket Pantyliner (Hijau) : RM10.00
Satu paket Normal (Biru) : RM11.00
Satu paket Night/Heavy Flow (Merah Jambu) : RM12.00

Anda boleh memilih paket mana dan berapa anda hendak beli ATAU anda boleh memilih pakej yang saya telah sediakan.

Penghantaraan untuk kawasan Desa Pandan, Kg Pandan, Tesco Ampang, Titiwangsa, Jalan Pahang, Sentul, Damansara Heights, Pusat Bandar Damansara, Mc Donald Bangsar, Plaza TTDI adalah percuma.

Friday, 29 November 2013

Jom buat kira-kira..

Assalammualaikum WBT

Sapa kata jual pad tak leh buat duit. Cuba buat kira-kira sikit. 

Satu pantyliner yang kecik tu RM10.00 sahaja. Kalau dalam sehari kita berjaya jual 20 paket ajer pun:-

20 paket x RM10.00 = RM200.00

Kalau 30 hari...

RM200.00 x 30 hari = RM6,000

Itu baru pantyliner, day use harga dia, RM11.00 sepaket, night use pulak harga dia, RM12.00 sepaket.

Dan itu belum termasuk bonus yang anda dapat secara automatik setiap kali anda membuat pembelian. Masa anda mula-mula register dan membeli barang yang berharga RM100 ke atas, anda telah layak untuk mendapat bonus 5%. Bonus ni akan meningkat mengikut level downline yang anda ada .. 5%, 10% dan seterusnya. 

Tapi syarat dalam mana-mana bisness pun, kena rajin lah. Bila dah berani sikit, boleh lah jual produk yang lain. 

Cara kami buat marketing pun, tak terlalu bergantung kat online ni..macam Facebook atau Blog saja. Yang bestnya, saya dapat group yang agak supportive dan team work. Oleh itu kadang-kadang, kami akan bergerak secara berkumpulan dan edarkan flyers di stesen LRT atau Tasik Titiwangsa. Kami akan pergi 2,3 orang. Kalau sorang-sorang, mau mati kutu di buatnya. Kadang-kadang, kami akan buka booth di Putrajaya juga.

Oleh itu, saya rasa, sesiapa yang nak join tak perlu rasa gundah sebab kami akan cuba sedaya upaya membantu anda.  Tapi anda kena committed jugak lah. Kalau kami sahaja yang cuba motive, tapi anda tidak mahu bergerak, susah jugak kan.

Itulah sahaja matematik mudah saya, jumpa lagi.... :)



Wednesday, 27 November 2013

Senarai Produk Avail

Assalammualaikum WBT

Hari ni saya nak letak gambar senarai produk Avail dan anda boleh lihat perbezaan harga ahli dengan harga runcit. Dari situ anda boleh lihat berapa anda jimat jika membeli dengan harga ahli. Lebih kurang keuntungan anda lah itu.


Boleh refer yang ini jugak:-


Monday, 25 November 2013

Jangan Salah Faham..



Assalammualaikum wbt

Hari ni kita nak cakap pasal barang-barang yang ada dalam Avail Beauty ni. Nanti orang dok ingat saya ni, penjual pad tegar pulak. Heehe..

Saya rasa macam pernah sebut awal awal lagi yang barangan Avail Beauty ni terbahagi kepada:-

(a) Siri Produk Penjagaan Peribadi
(b) Siri Produk Penjagaan Kesihatan
(c) Siri Produk Penjagaan Rumah; dan
(d) Siri Produk Makanan dan Minuman.

Untuk saya sendiri, saya sudah mencuba Pad Herba Avail, Liv Zell dan Pro Polis.

Yang Liv Zell tu saya cuba untuk kulit saya yang kering. Untuk permulaan, nampak macam ada perubahan sedikit. Lagipun, saya baru cuba sekotak. Baru nak masuk kotak kedua. Tak berani lah nak kata yang kalau cuba, akan jadi chun gila-gila, sebab setiap orang akan bertindak balas berbeza-beza. Ada yang cepat, ada lambat. Dan tidak mustahil jugak, tiada perubahan langsung. Kan? 

Ohh! Tapi yang pasti, rasa dia sedap.. rasa buah apple. 

Pro polis tu saya cuba untuk resdung saya (allergic), pada saya kuranglah hingus meleleh. Tapi tetap bersin. Selalunya, saya akan bersin malam dengan awal pagi. Saya juga ada cuba letak pada kaki emak saya yang bengkak dulu. Saya tengok kulit kaki dia mengelupas, dan tukar kulit baru. Sebelum tu dia macam ada tompok tompok merah. Saya rasa pahit bila ambil Pro Polis ni, emak saya pun kata pahit. Tapi ada kawan saya kata, tak pahit. Tawar aje.




Dua lagi produk untuk yang berminat dengan penjagaan kulit, adalah Labota dengan AB Series (seperti di atas).


Untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan boleh mencuba Green Fit. Dulu saya promote Green Fit ni pada kawan saya, sebab dia ada masalah sembelit. In Sya Allah, harap-harap okay. Sebab macam saya kata tadilah, kita tak tahu tindakbalas badan orangkan. Tawakal ajerlah.


Ada lagi satu yang sejenis Green Fit, nama I-Food. Upline saya kata kalau saya nak ambil Liv Zell sebaiknya, saya ambil I-Food dulu. Untuk hilangkan toksin dalam badan. Kemudian baru ambil Liv Zell. Kesannya akan lebih cepat. Tapi saya ni kan agak degil. Semua pun nak cepat. Hee he.


Untuk kanak-kanak pun ada sebenarnya. 


Gincu bibir dan bedak..




Jika ada yang berminat, boleh msg saya. Terima kasih :)

Sunday, 24 November 2013

Pad Berherba AVAIL




Assalammualaikum WBT

Untuk pengetahuan anda semua, pad berherba AVAIL ada tiga jenis dan warna yang berbeza. Iaitu:-

(a) Pantyliner - warna hijau - berharga RM10.00

(b) Day Use (Normal Flow) - warna biru - berharga RM11.00

(c) Night Use (Heavy Flow) - warna merah jambu - berharga RM 12.00

Dari pengalaman saya sendiri mengguna pad berherba ni, macam dia tarik betul "darah darah kotor" dari dalam badan kita. Tempoh period saya juga tidak lagi bersambung-sambung melebihi dari tujuh (7) hari macam selalu. Warna ada campuran kehitaman sedikit. 

Selalunya bila saya period, saya tidak sengugut (PMS) - sakit perut. Saya kadang-kadang sahaja sakit perut tapi kebanyakkan masa saya akan sakit kepala. Bila saya pakai pad berherba Avail ni, alhamdullilah sakit kepala hilang sikit-sikit.

Sebenarnya, pantyliner Avail ni banyak kegunaannya. Saya ada resdung, yang kadang-kadang amat membosankan jiwa saya. Kalau hari tersebut, saya makan seafood yang terlalu banyak, kebanyakkan masa mata saya akan terasa gatal. Sekarang, saya akan ambil satu pantyliner (yang belum diguna okay), basahkan sedikit air, kemudian letakkan diatas mata saya sebentar.

Anda akan dapat rasa bahagian mata anda sangat berangin. Biarkan selama 30 minit - 45 minit. Baru dibuka. In sya ALLAH, anda akan berasa selesa sedikit.

Lain-lain cara orang menggunakkannya adalah:-
(a) Kurangkan demam
(b) Letak dalam kasut
(c) Letak dalam kereta (sebab wangikan kereta katanya)
(d) Letak dalam almari untuk menghalau lipas



Pernah kaki emak saya bengkak kerana tersepak tangga. Dia letak minyak panas tapi tak baik dan saya lihat kulit kakinya semakin merah pula. Satu hari saya dengar dia mengeluh sebab sakit. Bila saya tanya, nak pergi ke klinik atau tidak.

Dia jawab, "Macamana nak jalan, pijak pun tak boleh?"

Hehe malu pulak. Yalah, kami tinggal apartment 4 tingkat, dan kami duk tingkat paling atas. Masa tu arwah ayah saya baru masuk HUKM, Cheras. Oleh kerana dah mati kutu dan tidak mahu tengok dia menggelisat. Saya ambil keputusan, untuk mencuba lekat pantyliner Avail.

Alhamdullilah, setelah 3 kali tukar pantyliner, emak saya kata kaki dia sudah ok. Saya lihat pun dia sudah mula boleh memijak lantai.

Jika anda berminat untuk mendapatkan pad berherba Avail ni, boleh menghubungi saya.


Anda boleh memilih pakej yang saya telah sediakan, untuk mendapatkan barangan percuma atau anda boleh mix and match mengikut pilihan dan bilangan yang anda ingin kan.



Jika anda ingin membeli secara bundle pun boleh, samada untuk guna sendiri (stock untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual) .

Seperti yang pernah saya kata tempoh hari, saya berani jamin yang anda tidak akan rugi atau merasa rugi. Sebab?? 

(a) Jika anda tidak dapat menjual pun anda akan tetap nak guna setiap bulan. Dan setiap bulan anda memang akan membeli pad, so, dari anda membazir duit beli pad product lain, lebih baik anda guna pad anda sendiri.

(b) Beli banyak pun tak rasa rugi sebab sama sahaja kalau anda beli sedikit sedikit..sebab bulan depannya anda tetap akan kena beli kan? So, baik beli banyak sikit, bulan depan anda dah tak perlu nak pikir pasal kos nak beli pad.

(3) Tiada tamat tempoh masa untuk menjualnya, dan saya pasti walaupun  anda tidak menjual, dalam lima dan enam bulan..tengok tengok stock anda sudah habis pun.. kan?

(4) Jika anda beli untuk guna sendiri dan tidak jual pun, anda layak dapat bonus 5%. Bukannya dia akan tanya, ni beli jual ke tidak nih. Dan jika anda berjaya cari downline, anda tetap akan mendapat bonus, walaupun anda tidak pernah keluar rumah untuk menjual!!



Thursday, 21 November 2013

Bonus dan Network

Assalammualaikum WBT
Salam Petang

Hari ini, kita akan bercakap mengenai network. Kalau orang-orang business ni, mereka lebih suka sebut network, agaknya sebab bunyinya lebih canggih. Tapi, kalau tanya saya, saya lebih selesa sebut, "upline" dengan "downline". Lebih mudah saya nak ingat.

Selalunya, bila kita masuk mana-mana MLM atau Unit Trust ke sekali pun, mesti ada sesiapa yang bertanggungjawab beria nak kenalkan business tersebut pada kita. Dan bila kita setuju nak join, maka orang tersebut akan menjadi "upline" kita.

Kemudian, giliran kita pulak untuk mencari 'downline' kita. Yalah, tak kan kita nak business sorang-sorang diri kita kan? Dari situlah, kita akan dapati yang generasi kita akan bertambah banyak/ramai dan dari situlah baru kita prasan yang % bonus kita turut bertambah. Kumpulan kita akan turut berkembang sama. Dan kemungkinan senyuman kita pun semakin lebar. 

Kalau untuk Avail Beauty, dia lebih kurang cam ni:-




Entahlah, kalau tanya saya tak rugi pun jika anda berbusiness nih. Sebab kalau anda tak menjual dan tak mencari downline secara aktif tapi kalau anda memang membeli secara tetap setiap bulan, anda tetap akan terima bonus.

Lagipun, sebab anda pasti akan mencari barangan tertentu dan menggunakannya sendiri. Bila anda sendiri, yang telah mengguna dan berpuashati, maka lebih cepatlah anda untuk pengaruhi orang lain. Ini kerana anda mempunyai pengalaman sendiri..memakainya.